[SEO] On Page Optimization

Topik On Page Optimization amat penting untuk webmasters. Ia membantu website/blog anda dapat dicari oleh enjin carian mengikut kata kunci (keywords) yang anda inginkan. Para pengguna enjin carian menggunakan keyword untuk mencari sesuatu maklumat yang dikehendaki.


Bagaimana Enjin Carian Berfungsi?

Enjin carian akan crawl semua laman web dan melakukan indexing. Index kemudian akan digunakan untuk menentukan laman web mana yang mempunyai kata kunci (keywords) yang dicari oleh pengguna. Index ini dapat diumpamakan sebagai halaman Index dalam buku teks. Kebiasaanya pembaca akan pergi ke halaman ini, mencari perkataan yang dikehendaki dan mendapat halaman-halaman mana dalam buku yang mengandungi perkataan itu.


Bagaimana Menjadikan Laman Web/Blog Mesra Enjin Carian (Search Engine Friendly)?

Laman web/blog anda perlu mempunyai kata kunci yang dicari oleh pengguna. Anda perlu bijak memasukkan kata-kata kunci ini, supaya enjin carian tidak flag website/blog anda sebagai cuba memanipulasikan enjin carian. Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan:

1. Menggunakan HANYA kata-kata kunci dalam laman/entry anda.
2. Menggunakan kata kunci yang sama berulang-ulang kali, tanpa membawa sebarang maksud.

Selain memasukkan kata kunci, lokasi di mana anda meletakkan kata kunci juga penting. Setiap lokasi yang anda akan letakkan mempunyai fungsi berlainan kepada enjin carian. Lokasi-lokasi yang perlu anda letakkan kata kunci:

1. Title Website/Blog

Title adalah nama website/blog and yang dipaparkan pada window. Contohnya, blog irfankhairi.com, menggunakan Perniagaan, Kewangan & Motivasi sebagai title. Selain untuk tujuan SEO, title membawa imej website/blog kita.

seo on page optimization blog irfan khairi


Cuba anda buat carian di http://www.google.com.my perkataan Perniagaan dan Motivasi, dan lihat di mana kedudukan blog Irfan Khairi.

2. Title Entry

Untuk anda yang menulis blog, perbanyakkan entry yang mempunyai kata kunci yang anda ingini. Title entry adalah tajuk entry blog yang anda tulis. Ia berbeza dengan title blog anda. Contohya, title entry saya ini adalah [SEO] On Page Optimization. Ambil contoh keyword 'penjagaan bayi'. Cuba buat carian di http://www.google.com.my menggunakan perkataan ini dan lihat hasil carian tiga teratas. Kemudian buka ke tiga-tiga laman berkenaan. Anda akan dapati tajuk entry mempunyai kedua-dua perkataan atau salah satu perkataan 'penjagaan bayi'.

3. Kandungan Entry

Entry yang anda tulis juga perlu mempunyai kata-kata kunci berkenaan. Gunakan perkataan dengan bijak. Ambil contoh hasil carian 'penjagaan bayi' tempat ke tiga iaitu http://iszan82.wordpress.com/cara-penjagaan-bayi/. Buka entry blog ini dan lihat perkataan 'penjagaan' dan 'bayi' digunakan berulang-kali di dalamnya.

4. Meta-tag Description

Meta-tag adalah properties untuk website/blog anda. Kebiasaannya, meta-tag tidak dipaparkan kepada pengguna. Akan tetapi, ia digunakan dalam indexing. Pilih meta-tag description yang menggambarkan website/blog anda. Meta-tag ini akan digunakan oleh enjin carian sebagai ringkasan (summary) dalam hasil carian. Anda boleh gunakan tool http://www.iwebtool.com/metatags_extractor untuk melihat meta-tag sesuatu website/blog. Jika anda mempunyai website/blog, cuba gunakan alamat website/blog anda. Jika website/blog anda tidak mempunyai meta-tag description, anda perlu edit HTML page (untuk website) atau template (untuk blog) dan memasukkan script seperti di bawah:

<meta name="description" content="Contoh description blog anda. Description ini akan appear dalam search results.">

Letakkan script ini selepas tag <head> dalam html/template website/blog anda.


Diharap entry ini berguna untuk anda. Gunakan tips-tips ini, Insya Allah kebarangkalian website/blog anda dipaparkan oleh enjin carian akan menjadi lebih tinggi.


0 comments: