[SEO] Google Search Engine Ranking

Salam semua..

Situasi : Anda baru saja create blog dan sudah beberapa entry anda tulis, tapi still tak keluar dalam search engine.

Ok, situasi ni memang dialami oleh mana-mana saja blogger, especially yang tulis blog dan ingin blognya dapat dicari oleh search engine. Search engine yang paling popular sekarang adalah Google, so entry kali ni akan fokus pada bagaimana untuk pastikan Google Search jumpa blog yang baru.

Terdapat jutaan blog di luar sana, so kita perlu beritahu Google yang blog kita wujud. Adakah dengan emel pada Google, perkenalkan diri, beritahu alamat blog kita dan buat permohonan pada Google? Tidak. Terdapat beberapa cara untuk pastikan blog anda dijumpai oleh Google walaupun blog anda masih baru.

Sebelum tu, bagaimana untuk tahu Google telah menjumpai blog anda? Caranya, taipkan alamat penuh blog anda di carian Google. Jika search engine Google senaraikan alamat blog anda dalam search result, then Google telah pun menjumpai blog anda.


Daftarkan Blog Anda Di Google Webmaster Tools (GWT)

Google Webmaster Tools (GWT) adalah aplikasi yang semua webmaster atau blogger mahir. Banyak fungsinya, tapi untuk kali ini, kita fokus pada topik carian Google search engine ni.

Untuk create akaun, just pergi ke www.google.com/webmasters/tools/, login dengan akaun gmail anda.



Pertama kali login, anda akan lihat skrin di atas. Masukkan alamat URL blog anda dan klik pada ADD A SITE.


Anda akan lihat 2 options (dalam 2 tabs), Recommended method dan Alternate methods. Recommended method memerlukan anda access kepada domain provider anda. Langkah ini memerlukan anda mahir dengan DNS settings. Yang lebih mudah, pilih Alternate methods.


Klik pada radio button HTML tag dan anda akan lihat satu kod meta tag yang perlu anda copy ke dalam template blog anda.

GWT menggunakan meta tag ini untuk menghubungkan akaun GWT dengan blog anda. Apa yang akan dilakukan oleh GWT kemudian adalah load page yang mengandungi meta tag ini, jika berjumpa dengan kod ini, GWT dapat mengesahkan bahawa anda adalah pemilik blog berkenaan dan seterusnya menghubungkan dengan akaun GWT anda.

Anda perlu copy dan paste meta tag ini dan memasukkan SELEPAS tag <head> dalam template blog anda. Untuk blogspot, anda perlu pergi ke menu Template dan Edit HTML untuk access kepada template blog (PASTIKAN anda BACKUP dahulu template blog).

Dalam skrin di atas, anda boleh klik pada Show me an example untuk lihat contoh di mana untuk meletakkan meta tag dalam template anda.

INGAT, anda tidak boleh delete meta tag ini walaupun setelah mengesahkannya dengan GWT.

Setelah paste meta tag ini, anda perlu klik pada button Verify di GWT.


Selepas verify, anda akan dapat manage blog and menggunakan GWT. Terdapat banyak data-data dan tools yang berguna dalam GWT yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan prestasi blog anda, terutamanya meningkatkan ranking Google dan carian blog menggunakan Google.


Submit Sitemap Dalam GWT

Step kedua adalah untuk submit sitemap blog anda dalam GWT. Sitemap adalah koleksi semua entries blog anda. Untuk submit sitemap, dalam GWT, pergi ke menu Crawl dan kemudian Sitemaps. Klik pada button ADD/TEST SITEMAP. Masukan alamat sitemap seperti di bawah:


Selepas alamat blog, masukkan feeds/posts/default.


Selepas 2 steps ni, anda perlu tunggu beberapa hari untuk Google crawl blog anda. Anda boleh check sekali lagi dengan search di Google menggunakan alamat blog anda.

Selamat Berjaya!

0 comments: