Tukar Font Blog Dengan Google Fonts

Salah satu yang menarik pengunjung ke blog kita adalah font yang kemas atau menarik. Google Fonts adalah satu option yang boleh anda gunakan.

Biasanya, kita akan tukarkan font tajuk dan entry kita. Steps untuk tukar fonts adalah seperti berikut:

Pilih Fonts Dari Google Fonts

Pergi ke http://www.google.com/fonts. Di sini terdapat banyak pilihan fonts yang anda boleh pilih. Sekarang, pilih dua font, satu untuk title dan satu untuk entry blog.

Click pada button Add to Collection untuk font yang telah kita pilih. Setelah selesai memilih 2 font, click pada button Use.



Cari instruction '3. Add this code to your website:' dan copy kod yang ditunjukkan.


Pergi ke menu Template untuk blogger anda dan klik pada Edit HTML (pastikan anda telah backup template anda dahulu).


Cari tag '<head>' dalam template berkenaan dan paste kod yang telah anda copy dari Google Fonts sebelum selepas tag '<head>' ini dan Save template. Pastikan kod berkenaan ditutup dengan '/>'.
Contoh: <link href='http://fonts.googleapis.com/css?family=News+Cycle|Kite+One' rel='stylesheet' type='text/css' />



Tukar Font Title

Dalam window template, cari perkataan post-title dalam <Group description="Post Title" seperti di bawah. Paste nama font yang kita ingin gunakan dalam default dan value seperti di bawah. Jika nama font lebih daripada satu patah perkataan, pastikan nama font dijarakkan dan dalam quote (' ').


Simpan template dengan tekan button Save template. Refresh blog anda dan jika steps yang diikuti betul, then title entry anda akan bertukar.

Tukar Entry Font

Still dalam window template, cari perkataan body-font. Paste nama font yang kita ingini dalam default dan value seperti di bawah:


Simpan template dan refresh blog anda.

Alrite, that's it. Hopefully it works for you guys!

P/S : Setiap template letakkan kod-kod title dan body di tempat yang berlainan. Yang penting adalah untuk identify di mana kod-kod berkenaan untuk template blog kita.

1 comment:

  1. banyak yang saya tak tahu rupanya, terima kasih atas info yang berguna

    ReplyDelete